SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Ahad, 29 Januari 2017

PEMBERITAHUAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG...

PEMBERITAHUAN :
OLEH KERANA BLOG INI TELAH BINA DARI TAHUN 2009 HINGGA KINI 2016 , MAKA ITU KANDUNGANNYA YANG BERAT TELAH MENYEBABKAN BLOG INI LAMBAT UNTUK DIDOWNLOAD DAN DIAKSES OLEH PENGUNJUNG...
JESTERU ITU , JIKA PARA PENGUNJUNG INGIN MELIHAT RAKAMAN PROGRAM UNIT HEM SMK TAMAN INDAH YANG TERKINI BOLEHLAH ANDA MENGAKSES  FACE BOOK SEKOLAH SMKTI MELALUI URL YANG DISERTAKAN DI BAWAH :

SEKIAN TERIMA KASIH. 
MINTA MAAF JIKA ADA SEBARANG KESULITAN.

DARIPADA ADMIN.

40 Tanda Sekolah Anda Hebat:

40 Tanda Sekolah Anda Hebat:
Syabas kepada mana-mana sekolah yang memenuhi ciri-ciri seperti yang disenaraikan ini:
1.Keharmonian dan kemesraan dalam kalangan staf anda sangat jelas kelihatan.
2.Semua warga sekolah tidak berasa tertekan oleh pihak pengurusan sekolah.
3.Semua warga sekolah mempunyai cinta dan sayang akan sekolah mereka.
4.Terdapat kemesraan dalam interaksi antara sesama guru dan para pelajar.
5.Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.
6.Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik, tanpa arahan pihak sekolah.
7.Guru-guru menggunakan kemudahan komputer dan internet dengan sebaik-baiknya.
8.Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
9.Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai pelajaran mereka.
10.Guru-guru prihatin tentang kebersihan di dalam bilik guru.
11.Pelajar yang tamat belajar di sekolah anda berasa sedih untuk meninggalkan sekolahnya.
12.Pihak sekolah mengambil berat mengenai pelajar-pelajar yang miskin dan sentiasa berikhtiar untuk membantu mereka.
13.Guru-guru tidak berebut-rebut untuk pulang apabila loceng akhir berbunyi.
14.Para guru sanggup menjalankan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.
15.Seluruh warga sekolah turut bersimpati sekiranya terjadi sesuatu mala petaka atau kemalangan dalam kalangan warga sekolah.
16.Ucapan salam(menurut agama masing-masing) diamalkan oleh semua warga sekolah dengan ikhlas termasuklah sesama pelajar.
17.Pihak sekolah amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah.
18.Guru-guru mengamalkan pemberian hadiah-hadiah kecil untuk pelajar-pelajarnya yang berjaya dalam sesuatu bidang.
19.Pelajar-pelajar mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa disuruh atau dipaksa.
20.Semua warga sekolah sentiasa berpakaian kemas.
21.Pelajar yang lebih dewasa sentiasa membantu pelajar yang lebih muda daripadanya.
22.Guru-guru menziarahi pelajar yang malang di hospital.
23.Pelajar juga begitu terhadap guru-guru mereka.
24.Sekali-sekala kelihatan guru makan semeja dengan pelajr-pelajar.
25.Hubungan ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat akrab.
26.Ibu bapa terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah.
27.Pihak sekolah tidak suka membazirkan masa dengan apa-apa aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
28.Oleh itu semua aktiviti dirancang dengan teliti dengan mementingkan faktor keberkesanannya.
29.Pelajar-pelajar menghulurkan hadiah kepada guru-guru pada Hari Guru, Hari Raya, Tahun baru dan sebagainya.
30.Pelajar pintar sentiasa tidak keberatan untuk membantu pelajar yang lemah.
31.Pihak ibu bapa menganjurkan jamuan untuk guru-guru sebagai ucapan terima kasih sesuatu kejayaan anak-anak mereka.
32.Kafeteria sekolah sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk bersarapan atau makan tengah hari.
33.Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam tindakan mereka.
34.Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah anda. Misalnya,pemain bola sepak yang terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada pasukan bola sepak anda.Terdapat kerjasama daripada ibu bapa. Misalnya , membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan,pelajaran dan sebagainya.
35.Pelajar-pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu Negaraku dengan besemangat dalam perhimpunan mingguan.
37.Pihak sekolah kerap mengadakan program yang melihatkan kerjasa sama antara guru dengan pelajar seperti kerja-kerja gotong-royong untuk menjalankan sesuatu aktiviti demi kepentingan bersama.
37.Program bacaan dijalankan dengan jayanya.
38.Pihak kafeteria sering mengadakan jamuan percuma untuk guru-guru bagi menunjukkan kegembiraannya atau untuk menyambut majlis tertentu.
39.Terdapat dalam kalangan pelajar yang mewakili negeri ke sesuatu pertandingan di peringkat kebangsaan.
40.Semua warga sekolah amat prihatin dan menyambut baik Kempen Kita Semula, serta mengamalkannya di sekolah.

 ( Sumber: Majalah Pendidik-Bil.10 Nov.-Dis. 2004)

Khamis, 21 Julai 2016

Anugerah Ikon Guru 2016 Peringkat Daerah Tampin : TERIMA KASIH YA ALLAH..

ANUGERAH IKON GURU 2016 : IKON GURU KEPIMPINAN HAL EHWAL MURID

Isnin, 13 Jun 2016

Catatan khas untuk mereka bergelar HEM:

HEM
Hanya engkau mencintai
Murid adalah kanak-kanak
18 tahun ke bawah

Hanya engkau mencintai
Kena jaga murid
Jaga keselamatan murid
Jaga kebajikan murid
Jaga kebersihan murid

Hanya engkau mencintai
Murid bermasalah
Hem kena selesaikan
Murid susah
Hem kena bantu
Murid sakit
Hem kena uruskan
Murid fobia
Hem kena pujuk
Murid malas
Hem beri semangat

Hanya engkau mencintai
Hem mesti mahir perundangan
Agar tidak melakukan kesilapan
Agar tepat membuat tindakan

Hanya engkau mencintai
Hem mesti bijak mengurus disiplin murid
Agar murid berakhlak mulia
Agar guru selalu ceria

Hanya engkau mencintai
Hem kenal muridnya
Tak kenal maka tak cinta
Dah kenal terbitnya cinta
Hem
Hanya engkau mencintai

SELAMAT HARI GURU

TokRi 28/8/15 Jumaat

280. Satu Perkongsian : Blog Penjana Informasi Terkini HEM SMKTI

279.Dialog Prestasi 1/2016 ...Peratus Kehadiran Murid


Sabtu, 14 Mei 2016

Isnin, 2 November 2015

Selasa, 27 Oktober 2015

Isnin, 12 Oktober 2015

Ahad, 16 Ogos 2015

265. Sumbangan ( Wakaf Dari Orang Ramai ) 5 Buah Mushaf Tajweid...

Hj Norazman Bin Hj Yusuf selaku Pengurus Syarikat Amiranas Marketing and Trading menyampaikan sumbangan (wakaf dari orang ramai) 5 buah Mushaf Tajwid kepada pihak sekolah SMKTI untuk kegunaan pelajar-pelajar Islam SMKTI dan staff sekolah. Terima kasih, Tn Hj Norazman

Rabu, 15 Julai 2015

Rabu, 1 Julai 2015

Ahad, 21 Jun 2015

254. Pelancaran Tabung Infa' Ihya; Ramadhan 2015


Program Pelancaran Tabung Infa' Ihya' Ramadhan oleh Tn Hj Abd Karim b Mohamad, Pengetua SMK Taman Indah sempena bulan Ramdhan pada 19/6/2015 di Surau SMKTI.