Khamis, 24 Disember 2009

9. Senarai Nama Guru SMK Taman Indah 2011

Bil
Nama Guru
Jawatan
1Hj Ramli b IbrahimPengetua
2Abd. Aziz b Abd RahmanGPK Pentadbiran
3Mohammad b SaidGPK HEM
4Vikraman a/l VelayuthanGPK Kokurikulum
5Faridah bt DemanKB Bahasa
6Ramlah bt Mat JunusKB Sains &Matematik
7Nor Azizah bt IsmailGuru Cemerlang PS
8Rosna bt MohamadKB Teknik & Vokasional
9Norhunaini bt TahirGuru Cemerlang Perdagangan
10Ng Chan HengGuru Cemerlang Sains
11Tan Soo ShinKaunselor
12Aris b MihatKaunselor/SU PIBG
13Mazlan b LambakGuru Disiplin/SSDM
14Noorul Ain bt Othman Guru Data
15Kunasegar a/l MookiahSU Sukan
16Foo Wah PhangGuru Kelas 5 Sains
17Mohd Zamri b Mohd ZinSU SPM
18A.P. Rajan a/l ArumugamGuru Perabot
19Alizarinah bt AliGuru Kelas 5 Sastera 2
20Azira bt HassanGuru Kelas 1 Bersih
21Chiang Cheng KimGuru Kelas 3 Bersih
22Hamzah b Hj A. HamidKB Kemanusiaan
23Mohd Khairuddin TaufekGuru Pengawas/Guru Kelas 5 Teknikal
24Tan Eng ChonBendahari PIBG/Guru Kelas 2 Dedikasi
25Geeta a/p DG NagvadriaGuru Kelas 54 TK
26Nadzimah bt IdrisGuru Pendidikan Khas
27Katijah bt Mohd YusofGuru Kelab Keushawanan
28Mazita bt NawawiGuru Kelas 1A/Bendahari Koop
29Mohd Safri b JamaludinUstaz/Guru Kelas 5PA
30Natrah bt Rulam AhmadGuru Biasiswa
31Nor Hasidah bt IsmailGuru Bestari
32Halimaton bt KaironGuru Kelas 2 C
33Norazlina bt MohamadPendidikan Khas
34Norfara'in bt YaakobSU Kooperasi
35Norlela bt Ab LatifGuru PSS
36Rohani bt Mohd YunusGuru Kelas 3 Amanah
37Khadijah bt ReduanSU PMR
38Rohana bt WahabGuru ERT
39Rohaya bt IthninGuru Kelas 5 TK
40Sharol Irani bin AbdullahGuru Kelas 5MPV
41Siti Fatimah bt HussainGuru KHB
42T.Hapizah bt Raja HamzahGuru Kelas 4 Perakaunan
43Zanariah bt Md SaaidGuru Kelas
44Chua Hui WeiGuru Kelas Peralihan
45Hamidah bt MansorGuru Kelas 1 Dedikasi
46Rosmarina bt Mohd YusofGuru Kelas 1 Cekap
47Fatimah Zaharah Mohd KadzriGuru SPBT
48Murali a/l MookiahGuru Pengawas/Guru Kelas 4 Sains

Rabu, 23 Disember 2009

8.Senarai Semak Dokumen Disiplin ( Tindakan GPK HEM)

SENARAI SEMAK DOKUMEN DISIPLIN
BILPERKARA TINDAKAN 1TINDAKAN 2TNDAKAN 3
1Sistem Disiplin Murid(SSDM)
Data penggal 1 Jan-April hantar ke Unit PPD HEM sebelum 5 Mei
Data penggal 2 Mei-Ogos hantar ke Unit HEM PPD sebelum 2 septData penggal 3 Sept-Dis hantar ke Unit PPD HEM akhir persekolahan bulan Disember (atau 10 Jan tahun berikutnya)
2RIMUPJalankan aktiviti bersama kelompok.Rujuk 5 buku modul RIMUP(Sekolah tanpa kelompok jalankan aktiviti di peringkat sekolah sendiri)Laporan Jan-Mei hantar ke PPD sebelum 10 Jun dan PPD ke Unit HEM sebelum 15 Jun. Guna borang BR1 & BR2. Tindakan pengerusi kelompok.Laporan Jun-Disember hantar ke PPD sebelum 13 Nov dan PPD hantar ke Unit HEM sebelum 20 Nov. Guna borang BR1 dan BR2. Tindakan pengerusi kelompok.
3Kelab Pencegahan JenayahJalankan aktiviti bersama sekolah kelompok dan sendiriRujuk buku panduan pelaksanaan KPJLaporan pelaksanaan KPJ perlu dihantar ke PPD dan hantar ke Unit HEM JPNS
4Program Peningkatan Keselamatan SekolahFokus utama:
  • Tatacara pergi dan balik sekolah
  • Tatacara bilik-bilik khas
  • Keselamatan fizikal sekolah
Fokus pilihan:
  • Keselamatan sosial dan kaum
  • Pesekitaran sekolah
BUDAYAKAN SEMUA KESELAMATAN
Laporan pelaksanaan PPKS perlu dihantar ke PPD dan Unit HEM JPNS jika diminta
5Sistem Aduan DalamanSekolah dikehendaki menyediakan kotak aduan lutsinar di pejabat,kantin dan pondok pengawalWujudkan j/kuasa aduan dalaman untuk merekod,menilai dan menjawab semua aduan secara bersurat,lisan atau telefonJawab aduan berasas dalam tempoh 7 hari sesalinan hantar ke PPD dan Unit HEM JPNS. Laporan kes disiplin hendaklah dijawab mengikut tempoh 1:3:7
6BULIRujuk buku panduan pengurusan menangani buli di sekolahPeranan pengurusan anti buli di sekolah rujuk m/s 8,9 & 10 telah dijelaskan di dalam mesyuaratTelah dijalankan penilaian mengenal pasti kewujudan unsur buli di sekolah - m/s 25 dan di baca bersama surat KP(BS)HEP)8543/053(19) m/s 29-31
UNTUK SUB UNIT DISIPLIN : TELEFON 06-7653156 FAKS: 06-7643225

Sabtu, 19 Disember 2009

7.Aktiviti/Program yang dirancang di bawah Unit HEM 2011

Di bawah ini adalah antara aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang oleh Unit HEM SMKTI untuk tahun 2015:
Bil
Aktiti/Program
Tindakan
1Pendaftaran Murid Tingkatan 1/Peralihan
Guru Tingkatan
2Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengawas dan Disiplin 1 , 2 dan 3
Guru Pengawas dan Disiplin
3Minggu Orientasi Tingkatan Satu
Kaunselor
4Pendaftaran Murid Tingkatan 4 & Penetapan Kelas
Guru Tingkatan
5Pengagihan Buku Teks
AJK Buku Teks
6Operasi Membersihkan Kelas dan Bilik-bilik Khas
Guru Kelas dan guru berkenaan
7Mesyuarat Hal Ehwal Murid 1 , 2 dan 3
Semua guru
8Mesyuarat JK Kerohanian dan Pembangunan Insan
AJK KPI
9Kempen Menceriakan Kantin
AJK Kantin
10Mesyuarat Keselamatan.Kesihatan dan Kebersihan 1,2 dan 3
AJK 3K
11Mesyuarat Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling 1,2 dan 3
AJK Bimbingan dan Kaunseling
12Mesyuarat AJK PIBG 1,2 dan 3
AJK PIBG
13Penyerahan Borang Biasiswa
AJK Biasiswa
14Mesyuarat RIMUP 1 , 2 dan 3
AJK RIMUP
15Ceramah Polis -Menangani Salah Laku Remaja
Kaunselor
16Ceramah Polis-Penyalahgunaan Dadah
Kaunselor
17Program Kerohanian dan Pembangunan Insan
AJK KPI/Kaunselor
18Kursus Kepimpinan Pengawas 1 dan 2
Guru Pengawas dan kaunselor
19Kursus Motivasi Pelajar SPM/PMR 1 dan 2
Kaunselor
21Program Pencegahan Dadah
AJK Pencegahan Dadah
20Pemeriksaan Kantin
AJK Kantin
21Mesyuarat Jawatankuasa SMM
AJK SMM
22Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar
AJK Kebajikan Pelajar
23Sportcheck Buku Teks 1 dan 2
AJK Buku Teks
24Sportcheck Pelajar/Disiplin 1,2,3,4, dan 5 (mungkin lebih)
Guru Disiplin
25Ceramah Motivasi Tingkatan 1,2 dan 4
Kaunselor
26Pencalonan Pengawas Percubaan
Guru Disiplin dan Pengawas
27Latihan Kebakaran 1 dan 2
AJK Keselamatan
28Program Gotongroyong Perdana
AJK Kebersihan
29Program Lepas PMR
Kaunselor dan guru berkenaan
30Mesyuarat Jawatankuasa Lepas PMR
Kaunselor dan guru-guru berkenaan
31Program Lepas PMR
Kaunselor dan guru berkenaan
32Pemulangan Buku Teks
AJK Buku Teks

Semoga aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang oleh Unit HEM di atas dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin.

Khamis, 17 Disember 2009

6.Senarai Tugas Guru di bawah Unit HEM 2010

(A).JAWATANKUASA PROGRAM 3K ( Keselamatan,Kesihatan dan Kebersihan)
Pengerusi : Pn. Soon Loi Thai
Tim.Pengerusi : En. Mohammad b Said
Naib Pengerusi 1:
Naib Pengerusi 2: En. Vikraman a/l Velayuthan
Penyelaras : Pn. Norhunaini bt Hj Tahir
Setiausaha 1(Keselamatan): En. Khairuddin b Mohd Taufek
Setiausaha 2(Kesihatan ) : Pn. Hjh. Siti Fatimah
Setiausaha 3(kebersihan) : En. Hamzah b Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa :
i) En. Mazlan b Lambak
ii) Pn. Geeta a/p Dhirajlal
iii)En.Murali a/l Mookiah
iv) Cik Hjh.Nor Azizah b. Ismail
v) Pn. Fatimah Zaharah bt Mohd Kadri
vi) Pn. Khatijah Yusof

(B).JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Naib Pengerusi I :
Naib Pengerusi II : En.Vikraman a/l Velayuthan
Setiausaha I : En. Safri b.Jamaludin
Setiausaha II : Cik Chua Hui Wen
Setiausaha III : En. A. P. Rajan
Ahli Jawatankuasa :
i) Pn Natrah bt. Rulam Ahmad
ii) Pn. Norfara’in bt. Yaakob
iii)Pn. Chiang Cheng Kim
iv) En. Kunasegar a/l Mookiah

(C).JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 : En.Vikraman a/l Velayuthan
Setiausaha 1 ( Disiplin): En. Mazlan b. Lambak
Penolong SU 1 : En. Tan Eng Chon
Setiausaha 2 (Pengawas) : En. Murali a/l Mookiah
Penolong SU 2 : En. Khairuddin b Mohd Taufek
Ahli Jawatankuasa :
i) En. A.P. Rajan a/l Arumugam
ii) Pn. Azira bt. Hassan
iii) Pn. Chiang Cheng Kim
iv) Pn. Geeta a/p Dhirajlal
v) YM.Tg. Hapizah bt. Raja Hamzah
vi) En. Kunasegar a/l Mookiah
vii) En . Azman Mohd Din
viii)Pn. Fatimah Zaharah bt Mohd Kadri
ix). En. Aris b Mihat

(D).JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : E. Mohammad b Said
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 : En. Vikraman a/l Velayuthan
Setiausaha : Cik Tan Soo Shin
Pen .Setiausaha : En. Aris bin Mihat
Ahli Jawatankuasa :
i) Cik Norazlina bt. Mohamad
ii) Pn. Norhasidah bt Ismail

(E).JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 : En. Vikraman a/l Velayuthan
Setiausaha 1(Biasiswa) : Pn. Natrah Rulam Ahmad
Setiausaha 2(Kebajikan) : Pn. Hjh Rohana bt. Wahab
Ahli Jawatankuasa :
i) En. Foo Wah Phang
ii) Pn. Norlela bt. Abd. Latif

(F).JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Setiausaha : Pn. Alizarinah bt Ali
Ahli Jawatankuasa :
i) Pn. Hamidah bt Mansor
ii) En.Mohd Zamri b. Mohd Zin
iii) Pn. Chithara a/p M Ganesan
iv) Ketua Pengawas Lelaki
v) Ketua Pengawas Perempuan

(G).JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Setiausaha : Pn Chitara a/p Ganesan
Pen Setiausaha : Cik Rosmarina bt Mohd Yusof
Ahli J/Kuasa :
i) Rohaya bt. Ithnin
ii) Guru –guru Tingkatan
iii) Penyelaras Tingkatan

(H).JAWATANKUASA RIMUP DAN PENCEGAHAN DADAH
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb.Pengerusi : En. Mohammad b Said
Naib Pengerusi : En.Vikraman a/l Velayuthan
Setiausaha : Pn.Noraini bt Salim
Ahli Jawatankuasa :
i) En Aris bin Mihat
ii) Pn.Rohani Md.Yunos
iii) Cik Chua Hui Wen
iv) Pn. Norfara’in bt. Yaakob

(I).JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Pengerusi : Pn.Soon Loi Thai
Timb.Pengerusi : En. Mohammad b Said
Setiausaha : Cik Norazlina bt. Mohamad
Ahli Jawatankuasa :
i) En. Azman bin Mohd Din
ii) Pn. Hamidah bt Mansor

(J).JAWATANKUASA DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)
Pengerusi : Pn. Soon Loi Thai
Timb.Pengerusi : En. Mohammad b Said
Setiausaha : Pn. Azira bt. Hassan
Jawatankuasa : Pn. Mazita bt. Nawawi

(K).JAWATANKUASA PROGRAM SINAR GEMILANG
Pengerusi : Pn. Soon Loi Thai
Timb. Pengerusi : En. Mohammad b Said
Setiausaha : Pn. Khatijah Yusof
Ahli Jawatankuasa :
i) Pn. Chithara a/p M . Ganesan
ii) En. Foo Wah Pang
iii) En. Mohd Zamri Mohd Zin
iv) En. Aris b Mihat
v) Pn. Azira Hassan
vi) En. Murali a/l Mookiah
vii) En. Mazlan b Lambak
viii)Pn. Hjh Fatimah bt Hassan

SETIAUSAHA UNIT HEM : Pn. Alizarinah Ali
PEN. SETIAUSAHA : Pn. Norfaraain Yaakob

Rabu, 16 Disember 2009

5. Sejarah Sekolah SMK Taman indah

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Tampin. Walau bagaimanapun penduduk tempatan mengenali sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Rendah Repah dan ada juga yang mengenalinya sebagai Sekolah Tuanku Zainon. En.Abdul Latif bin Idrus adalah Pengetua pertama berkhidmat di sekolah ini.

Pada 28 November 1989 satu mesyuarat diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dihadiri oleh lima orang Pengetua sekolah baru di Negeri Sembilan, mereka bagi membincangkan nama sekolah-sekolah tersebut, Tn.Hj.Hussain B.Salleh Pegawai Pendidikan Daerah Tampin/ Rembau telah mencadangkan nama Sekolah Menengah Taman Indah kerana kedudukannya di kawasan perumahan Taman Indah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Timbalan Pengarah 1, Tn.Hj Hisham B.Omar dan En.Abd.Latif Idrus. Mulai hari itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Indah.

Pelan asal sekolah mempunyai tiga blok bangunan. Satu blok merupakan bangunan tiga tingkat , dimana terletaknya bilik alat pandang dengar, perpustakaan, bilik komputer, bilik bimbingan kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, pejabat, bilik SPBT , bilik ERT dan bengkel KHB. Satu blok lagi mengandungi sebelas bilik darjah, tiga makmal dan sebuah surau.

Luas kawasan sekolah ini ialah 10 ekar, Pada peringkat permulaan pembukaan sekolah keadaan tanahnya tandus dan gersang serta berbatu-batu. Tiada tumbuhan hiasan didapati yang ada hanyalah rumput rampai meliar. Walau bagaimanapun usaha secara berterusan telah dijalankan untuk mengindah dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.

Sekolah ini mula beroperasi pada hari jumaat 1 Disember 1989 dan kakitangan terdiri daripada Pengetua, lapan orang guru, seorang kerani, seorang pelayan pejabat, seorang pekerja dan seorang jaga. Penggal persekolahan bermula pada hari isnin 4 Disember 1989 dengan bilangan pelajar seramai 156 orang terdiri dari 40 orang pelajar melayu, 66 orang pelajar cina dan 50 orang pelajar India.

Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ialah:

1. En.Abdul Latif B. Idrus : 1989 hingga 1992
2. Tn.Hj.Mustafa B. Musa : 1992 hingga 1993
3. Tn.Hj.Mohd Som B.Ali : 1993 hingga 1996
4. En.Teo Lay Swee : 1996 hingga 1998
5. En.Maspan B. Mat Ubin : 1998 hingga 1998
6. Tn.Hj.Md Jadi B. Md.Nor : 1998 hingga 2000
7. Pn.Hjh Saleha Bt Sharif : 2000 hingga 2002
8. En.Teo Lay Swee : 2002 hingga 2005
9. Pn.Soon Loi Thai : 2005 hingga September 2011
10. Tn. Hj. Ramli b Ibrahim: Oktober 2012 hingga kini
Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran pada tahun 1992 (SRP terakhir).Secara keseluruhan, keputusan kali pertama ini dapat dibanggakan. Sekolah ini termasuk dalam kumpulan sepuluh buah sekolah terbaik dalam Peperiksaan SRP 1992 di Negeri Sembilan. Seramai 68 orang calon SRP 1992, 54 orang telah lulus. Pencapaian keseluruhan ialah 83.1%

Pada tahun 1997 nama sekolah telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah atas arahan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. SMK Taman Indah akan terus berdiri kukuh, terus maju menuju kecemerlangan.

Selasa, 17 November 2009

4. Tidak Semuanya Indah apabila Berjaya...

Ada pepatah mengatakan bahawa, " Untuk berjaya adalah sukar." Tetapi, untuk mempertahankan kejayaan di puncak adalah jauh lebih sukar .
Kita sedia maklum bahawa pelbagai rintangan dan halangan akan kita tempuh dalam perjalanan mencapai apa sahaja kejayaan yang diimpikan. Ia adalah lumrah hidup untuk menembusi segala halangan dan rintangan sebelum mencapai sebarang kejayaan.
Namun, apabila sampai ke puncak kejayaan, bukan semuanya menjadi mudah. Ada kalanya ianya menjadi sukar untuk menahan posisi kita di puncak kejayaan.
Mungkin anda pernah mendengar kisah iaitu apabila seseorang itu berjaya nanti, ada pula pihak lain yang akan iri hati dan cuba menjatuhkan orang tersebut. Hendaknya, kita dijauhkan daripada musibah seperti ini. Namun hakikatnya, ada kalanya dan sering kali juga ia berlaku.
Apabila telah mencapai kejayaan, seseorang itu pasti akan menarik tumpuan orang ramai.Kebanyakkannya akan menyokong dan merestui kejayaannya. Tetapi, ada segelintir yang tidak senang dengan pencapaian tersebut.
Sejarah silam menunjukkan perkara sebegini memang berlaku.Beratus ribu rakyat India mencintai Gandhi, beribu juga yang membencinya. Beratus ribu rakyat menyukai seseorang pemerintah, beribu pula pembangkang yang membencinya. Seorang penyanyi yang mempunyai ribu peminat setia, pasti sahaja mempunyai beribu yang tidak menyukainya.
Apabila anda berjaya, pasti ada segelintir insan yang tidak senang dengan kejayaan anda. Di sinilah rintangan dan halangan yang lebih besar perlu anda tempuhi.
Namun berita baiknya adalah , dalam perjalanan mencapai kejayaan, pelbagai rintangan yang kita lalui akan kita harungi dengan semangat yang kuat. Ilmu dan pengalaman kita dalam harungi rintangan dan halangan ini akan menguatkan diri kita dalam menangani halangan dan rintangan apabila berjaya kelak. Sebab itu, perjalanan mencapai kejayaan adalah perjalanan memantapkan lagi diri kita untuk mencapai halangan yang menunggu di mercu kejayaan..
Bersyukur kiranya ada yang iri hati.......
Ada masanya kita akan bertemu golongan yang iri hati dengan kejayaan kita..Nasihat saya adalah bersyukurlah sekiranya ini terjadi. Beryukur ?? Kenapa ?
Pertama sekali, ketahuilah bahawa sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar daripada kepompong kesederhanaan .Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan , 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara . Tiada masalah sekiranya anda, tetapi , yang menjadi masalah ialah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.
Kedua, Tuhan Maha Adil. Lebih banyak dugaan yang perlu anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda akan terima sekiranya dapat menangi segala dugaan tersebut dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah untuk anda memperkuatkan lagi rohani anda untuk dunia dan juga akhirat.
Survival Instint
Ketiga, ketahuilah bahawa manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai survival instinct. Misalnya ialah sekiranya seseorang itu dicampakkan ke sebuah pulau yang tidak mempunyai penduduk, survival instinct individu itu akan berusaha mencari makanan daripada buah-buahan, ikan di laut , menadah air hujan untuk minuman serta membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun. Kita sedia maklum keadaan ini melalui filem-filem di layar perak.
Konsep survival instint berkesan apabila keadaan kita menjadi tertekan. Apabila ada pihak yang iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, survival instint akan aktif dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa jua rintangan. Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja cabaran. Jiwa kita akan tersentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita, sekali gus membuktikan kepada mereka yang ingin melihat kita gagal itu, bahawa tanggapan mereka sebenarnya salah.
Sebab itu juga, sering kita dengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya raya bermula daripada kemiskinan. Mereka yang asalnya hidup dengan susah dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri dan keluar daripada kesusahan itu. Survival instint memainkan peranan dalam keadaan tertekan !!
Apabila anda dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan cemerlang, ketahuilah bahawa rintangan-rintangan sebegini memang wujud. Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai kejayaan, tetapi sekadar berpesan supaya anda bersedia menanganinya.
Inverse Paranoid
Kini, anda telah mengetahui keadaan ini. Terdapat satu konsep kejayaan yang sering digunakan oleh mereka yang berjaya iaitu inverse paranoid.
Paranoid bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya oleh kerana takut nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut ada yang akan mengkhianati kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut kita akan rebah dan jatuh semula.
Tetapi , konsep inverse paranoid pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan bahawa orang ramai mahu kita berjaya, orang ramai akan membantu kita untuk berjaya dan orang ramai akan sedaya upaya menyokong kita untuk berjaya.
Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep inverse paranoid dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak akan menyokong kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya dan bersedia membantu anda mencapai kejayaan..!
( Oleh: Dr. Irfan Khairi.Majalah Solusi/PPb15048/2010(024506)

Rabu, 11 November 2009

3. Senarai dan Bidang Tugas GPK HEM

1. Bidang Tugas
  • Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin
  • Menentukan penrapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
  • Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
  • Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  • Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.1.3 Program Pelindungan Murid

  • Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.1.4 Kesihatan

  • Mengurus kemudahan rawatan murid.
  • Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
  • Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
  • Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
  • Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

  • Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  • Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
  • Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

2.1.6 Biasiswa dan Bantuan

  • Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.
  • Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
  • Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

  • Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.

3. Pengurusan

  • Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.
  • Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
  • Menguruskan pertukaran murid.
  • Menyemak buku kedatangan harian murid.
  • Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
  • Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
  • Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
  • Membantu merancang Takwim Sekolah.

4. Pembangunan Organisasi

  • Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
  • Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri

  • Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
  • Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
  • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
  • Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.
  • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
  • Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

6. Tugas-tugas lain

  • Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

(Sumber:Panduan Pengurusan Untuk Guru dan Staf Sokongan Sekolah Menengah Oleh Pn. Hajah Khuzaimah Bt Hj Sulaiman )

Ahad, 8 November 2009

1. Pendahuluan

Alhamdullillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya , dapat saya membina blog ini..Untuk pengetahuan semua pembaca , ini adalah blog kedua saya. Blog pertama saya bolehlah anda mengklik link ini. Baru-baru ini, saya telah menerima tawaran kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) di SMK Taman Indah , Tampin. Saya menerimanya dengan penuh rasa rendah diri dan terharu. Masakan tidak, begitu tinggi sekali harapan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang diletakkan dibahu saya. Ini adalah satu cabaran bagi saya. Insyaallah , saya berazam akan buat yang terbaik untuk diri saya , warga SMKTI dan bidang pendidikan ini. Jadi atas maksud tu, saya terpanggil untuk membina blog ini sebagai langkah pertama saya menyahut cabaran itu. InsyaAllah, dalam blog ini saya akan memaparkan rencana-rencana , refleksi/diari saya dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Unit HEM sekolah ini.
 
BARISAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK TI 2013