Khamis, 25 Februari 2010

21. Surat Siaran Unit HEM

SURAT SIARAN Unit HEM
Kepada,
Semua Guru SMK Taman Indah
Tarikh: 2hb Jan. 2017
Per.: BAHAN – BAHAN EDARAN UNIT HEM
1.Sila layari blogspot yang tertera ini: http://myhemsmti.blogsot.com bagi memuat turun bahan – bahan edaran Unit HEM seperti di bawah untuk tindakan selanjutnya.

Rujukan
Bil
Nama Bahan Edaran
Tindakan
1Manual Disiplin SMK Taman Indah
JK Disiplin dan Pengawas
2Manual Keselamatan Sekolah SMKTI
JKKeselamatan/Guru/Pelajar
3Polisi Kebersihan dan Kesihatan
JKKesihatan/Guru/Murid
4Polisi Murid Semasa Perjalanan
JKKeselamatan/Guru/Murid
5Polisi Murid Pergi Balik Sekolah
JKkeselamatan/Guru/Murid
6Polisi Keselamatan Gangguan Emosi dan Rohani
JK Kesihatan/Guru/Murid
7Polisi Keselamatan PSS dan Bilik Khas
JK PSS dan Bilik Khas/Murid
8Polisi kebersihan dan Kesihatan 2
JK Kesihatan/Guru/Murid
9Polisi Membasmi Ponteng
JK Disiplin/Guru/Murid
10Polisi Menangani Perselisihan Kaum
JK Disiplin/Guru/Murid
11Polisi Pelajar Semasa Bencana Alam
JKKeselamatan/Guru/Murid
12Polisi Keselamatan Harta Benda SMKTI
JK Keselamatan/Guru/Murid
13Polisi Pengurusan Disiplin SMKTI
JK Disiplin/Guru/Murid
14Polisi Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti KOKO
Semua Guru
15Polisi Keselamatan Semasa Lawatan dan Perkhemahan
Semua guru/Murid
16Program Keceriaan dan Keindahan SMKTI
JK Kebersihan/Guru/Murid
17Program Keselamatan Sekolah SMKTI
JK Keselamatan/Guru/Murid
18Tatacara Pencegahan HINI
JK Kesihatan/Guru/Murid
19Kawasan Merbahaya Radius 5km dari SMKTI
Semua Guru/Murid
20Program 3K 2011 dan Pegawai Bertanggungjawab
Semua Guru
21Senarai Semak Pemantauan 3KGPK-GPK/JK 3K
22Operasi Datang Lewat ke Sekolah
AJK Disiplin/Semua Guru
23Operasi Ponteng Kelas
AJK Disiplin/Semua Guru
24Sekolah Selamat
Semua Guru
25Prosedur Jadual kedatangan Murid
Semua Guru Tingkatan
26Prosedur Perhimpunan Pagi Sekolah
Semua Guru
27Panduan Senarai Tugas Guru - Rujukan
Semua Guru
28Kertas Kajian Perundangan Dalam Pengurusan HEM
Semua Guru
29Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan
Semua Warga SMKTI
30Pelan Tindakan Program Sekolah Selamat SMKTI
Semua Warga SMKTI
31Buku Panduan Pengurusan HEM 2012
Semua Guru SMKTI
32Prosedur Pertukaran Sekolah
Semua Guru SMKTI
33Fail Meja Pengurusan Hal Ehwal Murid SMKTI
Semua Guru SMKTI
34Senarai Semak Guru Tingkatan
Guru Tigkatan SMKTI
35Prosedur Buka Sebut Harga Kantin Sekolah
Umum
36Panduan Pengurusan PPDa SMK Taman Indah 2011
AJK PPDa/Guru
37Semua Pekeliling KPM_PPDA_SMK Taman Indah 2011
AJK PPDa/Guru
38Program 3K- Power Point
AJK 3K/Semua Guru
39Sekolah Selamat - Power Point
AJK 3K/Guru
40Pemantauan Kendiri Kantin - zip
AJK 3K/Guru
41Meningkatkan Kehadiran dan Menangani Gejala Sosial dlm Kalangan Murid Sekolah
Semua Guru
43Kriteria Anugerah Pengurusan 3K
AJK 3K/Semua Guru
43Pengurusan Disiplin - Power Point (zip)
AJK Disiplin/Semua Guru
44Literasi Undang-Undang Pengurusan Murid  - Power Point
Semua Guru
45Murid Bukan Negara Malaysia - Umum
Semua Guru
46Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah Malysia - Penting
Semua Guru
47Operasi Ponteng Sekolah
AJK Disiplin/Semua Guru
48Guru dan Perundangan
Semua Guru
49Undang-undang Dan Peraturan Sekolah SMKTI
Semua Guru
50Jenis-jenis Salahlaku Murid &Tindakan Yang Boleh Dikenakan
Semua Guru
51Dasar Pengurusan HEM 
Semua Guru
52Pelaksanaan Modul Peningkatan Disiplin SMKTI
Semua Guru
53Modul Guru Penyayang SMK TI
Semua Guru
54Borang Keceriaan Kelas 2012
Semua Guru
55Sistem Merit Demerit
Rujukan 
56Himpunan Contoh Kertas Kerja
Rujukan Guru
57Himpunan Bahan Dokumentasi Badan Pengawas
Badan Pengawas
58Profil SMK Taman Indah (Power Point)
Rujukan
59Pekeliling Ikthisas HEM
Rujukan
60Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti
Rujukan
61Bahan Sarana
Rujukan
62Bahan Mesyuarat HEM kali pertama 2014
Rujukan
63Bahan Kursus HEM - Pelan Intervensi dan OPPM HEM
Rujukan
64Tatacara Sebut Harga Tender Kantin
Rujukan
65BahanTaklimat Kesihatan dan 3K HEM PPD Tampin   -(15/06/2015)
Rujukan
66Modul Pengurusan Data Murid ( APDM)
Rujukan
67Pengurusan Aduan Awam,Disiplin Murid dan Isu Pendidikan
Rujukan
68Pelbagai Instrumen Unit HEM
Rujukan
69Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan
Rujukan
70Perundangan dan Keselamatan Sekolah
Rujukan
70Pengurusan Sekolah Selamat - Power Point
Rujukan



Prosedur Perhimpunan Pagi

Prosedur Pengurusan Jadual  Kedatangan

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mohammad b Said
PKHEM SMK Taman Indah

Rabu, 24 Februari 2010

20. Program RIMUP-Pesta Tahun Baru Cina 1 Malaysia SMK Taman Indah 2010




24hb Feb. 2010 (Rabu) - SMK Taman Indah mengadakan Pesta Tahun Baru Cina 1Malaysia jam 3.3o pm hingga 5.30 pm. Pesta ini dirasmikan oleh Tuan PPD Tampin, Tn. Hj. Mad Aris b Azis dan dihadiri oleh YDP PIBG SMK Taman Indah, En. Hashim Sulaiman. Antara acara yang diadakan ialah Pertandingan Kaligrafi Cina, Pertandingan Lukisan Teknik Hembusan, Pertandingan Menyepit Limau, Kacang dan Kuaci, Pertandingan Kretif daripada Kertas Angpau dan Pertandingan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina. Pernyertaan daripada kalangan pelajar dan warga SMKTI amat menggalakkan. Semoga acara seperti ini akan diadakan untuk masa-masa akan datang..Tahniah kepada semua.

Jumaat, 19 Februari 2010

18. Pengurusan Disiplin Murid SMKTI

RASIONAL
Dalam sistem pendidikan Negara penekanan terhadap pemupukan disiplin diri amat diutamakan. Melaluinya akan lahirlah generasi yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan hasrat pendidikan negera, maka perancangan teliti perlu bagi memastikan sekolah melahirkan anggota masyarakat yang mempunyai sahsiah diri dan bersedia memikul tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara pada masa depan.

MATLAMAT
Membina sahsiah pelajar yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni serta melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan sedia menerajui kepimpinan masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta sedia
mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah setiap masa.
2. Meningkatkan disiplin pelajar sebagai pelajar sebagai asas mencapai
kecemerlangan bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
3. Membentuk pelajar berakhlak mulia dan menyanjung budaya pelbagai bangsa.
4. Sentiasa berbangga, memelihara dan mengutamakan imej sekolah di mata
masyarakat.
5. Membentuk pelajar yang menghargai persekitaran, harta benda dan kebersihan
sekolah.
6. Melahirkan para pelajar yang perihatin terhadap keharmonian antara pelbagai
kaum, budaya dan agama.

VISI
* Ke arah membina dan memantapkan disiplin pelajar melalui pengenalan dan
penguatkuasaan peraturan sekolah yang berkesan, adil dan berterusan.

* Membentuk pelajar yang beriltizam dan berkeyakinan terhadap diri sendiri serta
bersedia menghadapi kehidupan bermasyarakat.


MANUAL BIDANG DISIPLIN:
TATACARA MURID

* Murid mestilah memiliki Buku Panduan Disiplin Sekolah dan memahami
sepenuhnya.
* Sedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
* Menghindari segala bentuk salah laku dan pelanggaran disiplin sekolah.
* Berhubung dengan para guru atau kaunselor jika menghadapi masalah.
* Bekerjasama dengan melaporkan segala pelanggaran peraturan sekolah.
* Menerima dan memahami segala hukuman yang diputuskan oleh Badan
Disiplin sekolah.
* Mengambil teladan dan pengajaran terhadap hukuman yang diterima serta
berazam tidak mengulanginya.

TATACARA GURU
* Memahami segala peraturan sekolah dan bersedia melaksankannya.
* Memantau dan prihatin terhadap segala salah laku murid.
* Mengambil tindakan mengikut kesuaian kesalahan murid.
* Mematuhi prosedur tindakan mengikut bidang kuasa yang diberi.
* Merekod atas tindakan yang diambil
* Bekerjasama dengan guru disiplin/Kaunselor dalam mengatasi masalah disiplin
murid.
* Menunjuk contoh atau menjadi ’rule model’ kepada murid.

TATACARA IBU BAPA
* Mengambil tahu dan turut memahami segala peraturan sekolah.
* Mengadakan perjumpaan dangan guru bagi mengetahui perkembangan anak.
* Bersedia ke sekolah jika dihubungi.
* Bekerjasama dalam mengatasi masalah disiplin anak-anak.
* Bersedia menerima hukuman oleh pihak sekolah terhadap anak.
* Menunjukkan contoh atau menjadi ’rule model’ kepada anak.
* Menganggotai mana-mana jawatankuasa diperingkat sekolah.


KRETERIA SALAH LAKU PELAJAR
1. Tingkahlaku Jenayah
• Mencuri
• Melawan/mengancam/mencederakan guru/pengawas/murid
• Memeras ugut
• Membuli/pelancoan
• Menganggotai kumpulan haram
• Menyalahgunaan dadah
• Membawa senjata merbahaya
• Mencabul kehormatan
• Menceroboh bilik-bilik khas/asrama
• Menunjuk perasaan/menganggu ketenteraman
• Bertaruh/berjudi

2. Tingkahlaku Lucah
• Bercumbu-cumbuan
• Berkhalwat
• Membawa bahan-bahan lucah
• Mengintai murid perempuan/lelaki
• Mengeluarkan kata-kata dan tingkahlaku lucah
• Melukis atau menulis perkataan/gambar lucah

3. Kekemasan Diri
• Berambut panjang/fesyen keterlaluan dan mewarnakan rambut
• Berkuku panjang
• Bermisai dan berjanggut
• Memakai barang perhiasan keterlaluan
• Berpakaian yang tidak kemas / lengkap

4. Tidak Mementingkan Masa
• Berkeliaran di kawasan sekolah
• Datang lewat ke sekolah / perhimpunan
• Makan di kantin luar masa rehat
• Melepak

5. Kurang Sopan dan Biadap
• Tidak menghormati/berkelakuan kasar terhadap guru/pengawas dan murid
• Berbahasa kesat
• Menyimpan/mengedar/menghisap rokok
• Menganggu pengajaran dan pembelajaran
• Tidak menghormati bacaan doa
• Tidak menghormati lagu kebangsaan dan lagu negeri

6. Tingkahlaku Musnah
• Merosakkan harta benda sekolah
• Merosakkan harta benda pengetua/guru
• Merosakkan harta benda kantin
• Merosakkan harta benda murid

7. Perbuatan Tidak Jujur / Menipu
• Menipu yang melibatkan wang
• Menipu yang melibatkan kepercayaan

8. Ponteng
• Ponteng sekolah
• Ponteng kelas
• Ponteng perhimpunan
• Ponteng kegiatan ko-kurikulum
• Ponteng ujian
• Ponteng peperiksaan
• Ponteng ”Private Study”

17. Polisi Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti Kokurikulum SMKTI

RASIONAL
•Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan sama ada oleh pihak sekolah ataupun pihak-pihak lain terutamanya NGO. Oleh itu satu tatcara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.
•Guru menghadapi masalah apabla murid yang di bawah jagaannya mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dikesan lebih awal.

OBJEKTIF
•Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
•Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.
•Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN IBUBAPA
•Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-masing.
•Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berakitan dengan aktiviti yang dijalankan. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
•Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
•Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
•Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
•Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
•Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

PERANAN GURU
1. AKTIVITI KOKURIKULUM

•Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
•Memahami dan mematuhi tatcara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
•Menyimpan rekod pofil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
•Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
•Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
•Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula aktiviti dijalankan. Borang ini difailkan dalam fail Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
•Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
•Mencatat kehadiran pelajar.
•Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
•Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

2. AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan.
•Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
•Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
•Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
•Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivtiti dijalankan.
•Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
•Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
•Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
•Mengatur program yang sesuai.

TATACARA PELAJAR SEMASA MENJALAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. SUKAN DAN PERMAINAN

•Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan aktiviti.
•Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
•Bergerak ke kawasan sukan setelah menerimaarahan daripada guru.
•Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan permainan.
•Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan kepada guru .
•Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.

2. UNIT BEUNIFORM
•Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
•Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
•Ketua Pasukan merekodkan kdatangan ahli .
•Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
•Tunggu arahan daripada guru penasihat.
•Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri rawatan.

3. KELAB / PERSATUAN
•Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
•Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
•Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
•Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
•Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
•Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti ,guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

4. AKTIVITI GOTONG ROYONG
•Melengkapkan borang kebenaran ibu bapa .
•Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong royong.
•Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru
•Penggunaan peralatan yang tajam mesti mendapat pengawasan guru.
•Memaklumkan dengan segera kepada guru sekiranya ternampak serangga/binatang yang berbahaya.
•Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
•Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
•Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dalam keadaan sempurna.
•Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
•Memulangkan semula peralatan gotng royong yang digunakan.
•Membersihakn diri selepas aktiviti gotong-royong tamat.

5. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan menyerahkannya kepada guru penasihat.
•Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
•Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
•Bawa peti kecemasan yang lengkap.
•Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
•Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
•Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
•Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

6. AKTIVITI PERKHEMAHAN
•Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
•Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
•Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
•Dirikan khemah di kawasn sesuai .
•Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa.
•Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
•Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
•Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
•Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
•Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah minta pertolongan kecemasan dengan segera.
•Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
•Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
•Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
•Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
•Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.