Khamis, 10 Mei 2012

130. Lawatan ke rumah pelajar

Pada 9/5/2012 (Rabu), GPKHEM bersama guru disiplin En. Mazlan b Lambak telah membuat lawatan ke rumah salah seorang pelajar yang bermasalah displin. Tujuan lawatan ini adalah ingin bertemu dengan penjaga pelajar berkenaan untuk memaklumkan perkembangan dan perihal anak jagaan mereka. Disamping itu untuk menyampaikan mesej kepada mereka supaya peri pentingnya mereka mengambil berat mengenai disiplin anak jagaan mereka. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa...

129. Program Pautan Kasih

Pada 10/5/2012 (Khamis) telah diadakan Program Pautan Kasih yang mana bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar pelajar, guru pelajar dan ibubapa pelajar. Dengan adanya program diharapkan perhubungan di antara  pelajar , penjaga dan guru bertambah erat.

Khamis, 3 Mei 2012

128. Lawatan ke Rumah Pelajar

Pada 3hb Mei 2012(Khamis) , GPK HEM bersama dengan Tuan Pengetua, Tn. Hj. Ramli b Ibrahim telah melakukan satu lawatan ke rumah pelajar (Kg. Keru) yang tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui masalah sebenar pelajar tersebut. Di samping itu cuba menasihati penjaga mereka peri pentingnya mereka mengambil berat pelajaran anak-anak mereka. Program ini secara tidak langsung merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012.

127. Lawatan Penanda Aras ke Kantin SMK Jelai Felda (F) .(3/5/2012-Khamis)