Rabu, 18 April 2012

126. Program Kesedaran dan Kepimpinan Sekolah Bebas Dadah

======================================
PROGRAM KESEDARAN DAN KEPIMPINAN
SEKOLAH BEBAS DADAH
========================================
Tarikh: 18 April 2012
Masa : 8.30 am
Tempat: Dewan SMK Taman Indah
Penyertaan: Guru dan Pelajar
Anjuran Bersama: 
Unit Bimbingan Kaunselin SMKTI, PEMADAM Daerah Tampin 
Dan IPD Tampin
Perasmian Penutup:
YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz
ADUN Gemencheh
Objektif:
1. Memberi pengetahuan dan kesedaran bahaya dadah.
2.Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah
3. Menghayati dan mengamalkan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan yang sihat selamat dan sejahtera.

Aturcara
8.00 am
Pendaftaran
8.30 am
Ucapan Urusetia pengajur
9.00 am
Ceramah 1:
-Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Manusia serta Kaedah Pemulihannya
10.00 am
Rehat
10.30 am
Ceramah 2:
-Tindakan Undang-undang ke Atas Penagih, Pengedar dan Kumpulan Penyalahgunaan Dadah
12.00 t.hari
Majlis Penutup
1.00 pm
Bersurai

Ahad, 15 April 2012

125. Modul Matematik PMR 2012

            Modul Matematik PMR Kertas 2

Modul Matematik PMR Kertas 1Pecutan Minda  : Matematik PMR 2012            


3 Modul Matematik PMRdi atas dibina adalah bertujuan persediaan para pelajar saya tingkatan tiga dan SMKTI  yang akan menduduki PMR 2012 tahun ini. Alhamdullillah, Pecutan Minda Matematik PMR 2012 telah berjaya disiapkan hari ini.. Pecutan Minda Matematik PMR  ini adalah terdiri daripada soalan-soalan kertas 2 PMR 2004 hingga PMR 2011 yang telah disusun mengikut topik bagi memudahkan pra pelajar membuat latihan dan mengulangkaji semasa kelas tambahan kelak. 
Diharapkan modul ini dapat membantu   para guru dalam penyediaan bahan kelas tambahan mereka. Semoga usaha yang sedikit  ini memberi manfaat kepada para guru matematik dan pelajar  SMKTI serta guru Matematik Se Malaysia amnya......Sekian terima kasih.

Isnin, 9 April 2012

124.Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SMKTI 2012

=================================
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PELANTIKAN PENGAWAS SMKTI
TAHUN 2012
===================================
Disempurnakan oleh:
Cif. Inspektor Pn. Puspa Rani a/p Palaniandy
Tetamu yang turut serta ialah:
Sarjan Mejar Musa b Ismail ( Timbalan Ketua Balai Polis Tampin)
En. Ridwan b Idris ( Penolong PPD Tampin)
En. Kamil b Puasa ( Penyelia Unit HEM PPD Tampin)

Jumaat, 6 April 2012

123. Merealisasikan Surat Siaran KPM Bil 4/2012 - Bantuan Susulan Kepada Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz Mangsa Kebakaran.

======================================================
Kunjungan ke Rumah Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz ( 5 Sains )
Mangsa Kebakaran - Masih Ada Yang Sayang.
========================================================
Sebagaimana yang telah sedia maklum pada 21hb Mach 2012 , satu bencana telah menimpa keluarga salah seorang pelajar SMKTI iaitu Sarah Anisa bt Abd. Aziz dari Tingkatan 5 Sains. Kebakaran yang berlaku di rumahnya telah memusnahkan seluruh keperluan termasuk barangan keperluan sekolah dan harian.Atas rasa tanggungjawab sosial, Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SMKTI  telah melancarkan usaha bantuan susulan setelah pungutan derma kilat pertama dahulu dilakukan. Satu kunjungan perahatin telah dibuat terhadap keluarga tersebut di kediaman sementara di Taman Suria, Tampin pada 6hb April 2012 pada hari Jumaat bagi menyampaikan bantuan yang telah berjaya dikumpulkan. Sumbangan ikhlas yng sedikit ini akan memberi pengertian yang besar kepada penerima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wrga guru dan staf sokongan yang telah menghulurkan sumbangan tersebut. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Terima kasih semua . Bagi keluarga Sarah Anisah, semoga kalian bersabar dan tabah atas ketentuan Illahi itu